[close]
*MATLAMAT*
Membantu Pusat Sukan UMP dalam menyelaras semua aktiviti kelab/persatuan dalaman UMP yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan universiti

*OBJEKTIF*
+ Sebagai organisasi pelajar yang bertanggungjawab dalam menyatukan persatuan/kelab yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan UMP
+ Sebagai badan penghubung dan berkerjasama dengan Pusat Sukan UMP
+ Badan penggerak dalam penganjuran sukan atau aktiviti-aktiviti dibawah kelolaan Pusat Sukan UMP
+ Sebagai organisasi yang menyuarakan permasaalahan pelajar yang berkaitan sukan dan rekreasi

Tuesday, March 8, 2011

Meeting Program Layang-Layang

Pada malam nie kami wakil dari MSP telah turut serta dalam perjumpaan Program Layang-layang yang telah di anjurkan oleh En.Wan Rasyid merangkap Timbalan Pendaftar UMP kampus Pekan.. Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam..

Program ini akan menganjurkan pertandingan layang-layang pada peringkat UMP dan Negeri pahang. Selain dari pertandingan layang-layang,terdapat juga aktiviti sampingan seperti aktiviti kanak-kanak,kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan lain-lain lagi aktiviti yang masih dalam perbincangan.

Antara objektif program ini adalah :
1) menaikkan nama kampus UMP pekan
2)memasyarakatkan pelajar universiti dan meuniversitikan masyarakat setempat.

Dalam program ini juga kami MSP telah sedikit sebanyak memberi bantuan dalam bentuk tenaga. Antara MSP yang terlibat ialah:
1) Muhammad Rafiq bin Muhammad Amin (AJK Exponiaga)
2) Ahmad Rasyidi bin ABD Razak (AJK Aktiviti)
3)Syed Mohd Solihin Salam bin Syed Adli (AJK Aktiviti)
4) Muhammad Fazrul bin Nor Izuddin ( AJK Promosi )
5) Mohd Izhar Azani bin Kamaruddin (AJK Promosi)

Itu adalah senarai nama MSP dan jawatan yang disandang dalam Program Layang-layang.

*MAJULAH SUKAN UNTUK UMP & NEGARA*

1 comment:

  1. mana2 kelab or persatuan yg nak niaga dlm event tu,t kami inform detail ea...skrang ni,ngah xdetail lagi

    ReplyDelete