[close]
*MATLAMAT*
Membantu Pusat Sukan UMP dalam menyelaras semua aktiviti kelab/persatuan dalaman UMP yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan universiti

*OBJEKTIF*
+ Sebagai organisasi pelajar yang bertanggungjawab dalam menyatukan persatuan/kelab yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan UMP
+ Sebagai badan penghubung dan berkerjasama dengan Pusat Sukan UMP
+ Badan penggerak dalam penganjuran sukan atau aktiviti-aktiviti dibawah kelolaan Pusat Sukan UMP
+ Sebagai organisasi yang menyuarakan permasaalahan pelajar yang berkaitan sukan dan rekreasi

Tuesday, April 5, 2011

Liga IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011

Universiti Malaysia Pahang (UMP United) vs Kolej Komuniti Terengganu (KKT FC)

Sabtu,19 Mac 2011,jam 4:45 petang

Padang Bolasepak Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS)

Majlis Sukan Pelajar(MSP) telah menghantar wakil-wakil sebagai penyokong team bola sepak kita sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak UMP.
antara ahli yang menjadi penyokong ialah:

Muhammad Rafiq bin Muhammad Amin
Ahmad Rasyidi bin ABD Razak
Muhammad Fazrul bin Nor Izuddin
Mohd Izhar Azani bin Kamaruddin
Muhammad Shafiq bin Mohamed Sabarudin

pasukan UMP memulakan perlawanan dengan aksi menyerang yang garang.
hasilnya team UMP berjaya mendahului dengan gol yang pertama pada minit ke-20.
malangnya pada separuh masa kedua, team UMP agak lalai dalam mempertahankan benteng pertahanan dan menyebabkan team KKT FC berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.
masa penamat mencatatkan keputusan seri 1-1..

diharap pada masa hadapan, team bola sepak kita akan lebih menyerlah dan menyerang dengan lebih garang disamping mempertahankan benteng pertahanan kita dengan lebih kukuh.


No comments:

Post a Comment