[close]
*MATLAMAT*
Membantu Pusat Sukan UMP dalam menyelaras semua aktiviti kelab/persatuan dalaman UMP yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan universiti

*OBJEKTIF*
+ Sebagai organisasi pelajar yang bertanggungjawab dalam menyatukan persatuan/kelab yang berteraskan sukan dan rekreasi bagi pembangunan sukan UMP
+ Sebagai badan penghubung dan berkerjasama dengan Pusat Sukan UMP
+ Badan penggerak dalam penganjuran sukan atau aktiviti-aktiviti dibawah kelolaan Pusat Sukan UMP
+ Sebagai organisasi yang menyuarakan permasaalahan pelajar yang berkaitan sukan dan rekreasi

Tuesday, April 5, 2011

PROGRAM STUDENT SOCIETY MANAGEMENT & TEAM BUILDING 11 (SMTB 11)


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 11/12 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) telah mengadakan program “STUDENT SOCIETY MANAGEMENT & TEAM BUILDING 11 ( SMTB 11).


Butiran program adalah seperti berikut :


Tarikh : 1-3 April 2011
Tempat : Janda Baik
Penglibatan

1-Presiden
2-Timbalan Presiden
3-Setiausaha


Seperti yang tertera di atas, setiap persatuan dan kelab yang berdaftar dengan JHEPA dikehendaki menghantar wakil setiap persatuan dan kelab dalam program ini. 

Sehubungan dengan itu Majlis Sukan Pelajar(MSP) telah menghantar seramai 5 orang ahli bagi menyertai program ini. 
Mereka ialah:




Muhammad Rafiq Bin Muhammad Amin
Nurul Atikah Binti Zainal
Nurul Ain Binti Mohd Asri
Muhammad Fazrul B. Nor Izuddin
Ahmad Rasyidi B. Abd. Razak

Melalui program ini banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dipungut oleh ahli-ahli kelab. Malahan segala masalah yang timbul sebelum ini dapat diluahkan melalui saluran yang betul dan diselesaikan dengan jayanya. 

Melalui program seperti ini,ahli MSP telah didedah dengan cara-cara pengurusan kelab yang berkesan malahan melalui program ini, MSP telah didedahkan dengan cara-cara menambahkan pendapatan kelab. Selain dapat sedikit ilmu berkenaan bagaimana untuk menguruskan sesuatu program dan aktiviti dengan jayanya melaui program ini juga MSP lebih terdedah dengan bagaimana cara-cara mendapatkan tajaan bagi sesuatu program.

  

1 comment: